Jumaat, 27 September 2013

SEJARAH PPD CAMERON HIGHLANDS


Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands telah ditubuhkan pada 07 Jun 1982. Pada awalnya pejabat ini menumpang di bangunan SK Convent dengan kakitangannya seramai 4 orang pegawai dan 3 orang kakitangan sokongan. Pada Mac 1983, setelah SK Tanah rata berpindah ke bangunan baru Tiga Tingkat, bangunan lamanya yang terletak di kawasan SMK Sultan Ahmad Shah (SMKSAS) telah diubahsuai untuk dijadikan Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands mulai Jun 1983. Pada Julai 2009 bangunan PPD Cameron Highlands telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan dewan SMK Sultan Ahmad Shah. PPD Cameron Highlands kini berada di bangunan sementara yang dibina oleh kontraktor pembinan dewan SKMSAS di bahagian belakang SMKSAS berdekatan dengan SJK(T) Tanah Rata. Bangunan baru PPD yang mengikut spesifikasi PPD akan dibina dalam RMK-9. Sepanjang operasi Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands ini, seramai 9 orang Pegawai Pelajaran Daerah telah menerajui PPD Cameron seperti berikut.


Encik Seet Boh 07.06.1982 - 28.02.1987


Tuan Haji Ali Bin Jamin 01.03.1987 - 31.01.1995


Encik Ishak Bin Muda 01.08.1995 - 30.06.1998


Encik Norzari Bin Haji Yahya 01.07.1998 - 16.01.2000


Tuan Haji Ramli Bin Abdul Hamid 16.02.2000 - 31.01.2004


Tuan Haji Zahari Bin Uda 01.02.2004 - 15.12.2004


Encik Jaafar Bin Idris 01.07.2005 - 01.05.2006


Tuan Haji Jalani Bin Haji Ludin 01.08.2006 - 01.08.2008


Tuan Haji Ali Huseein Bin Ab. Ghani 30.10.2009 - 01.12.2010


Tuan Haji Basirun Bin Abdullah Hasim, SMP 01.06.2011 - sekarang


Pada masa kini, Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands mempunyai seramai 23 orang pegawai dan 14 kakitangan sokongan. Sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah ialah 28 buah sekolah yang terdiri 3 buah sekolah menengah kebangsaan, 9 buah sekolah kebangsaan, 8 buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan 8 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil. Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands ditubuhkan untuk memastikan dasar-dasar pelajaran negara dilaksanakan dengan berkesan. Justeru itu pejabat ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan perkembangan pendidikan di daerah serta menjadi pembimbing bagi membantu guru-guru dalam membentuk sekolah yang dapat melahirkan para pendidik yang cemerlang dan berpotensi dalam menjalankan tugas sebagai pendidik generasi negara.


Sumber:http://ppdcameron.net/index.php/en/