Ahad, 1 September 2013

Hari Raya Aidilfitri 2013 - Peringkat Sekolah


Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

Pada 24hb Ogos yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah 2013. Walaupun sambutan yang sederhana tetapi kemeriahannya dapat dirasai bersama. Guru-guru dan juga kakitangan sekolah sama-sama bergotong-royong menyiapkan keperluan untuk majlis tersebut.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.


Gambar sehari sebelum majlis...

"Orang Kuat" membakar lemang setiap tahun.
Kucing pun turut serta "kacau makanan"
mengisi pulut dalam buluh...jangan salah isi pula ye...
Sempat lagi tu nak "posing".
Cikgu Rosdam bersama kambingnya...hehehe
Aishh...mana pula ikan ni...
haa...dapat pun tangkap...lauk..lauk...
elok-elok panjat Ustaz Hamdi!!!
Curahan santan jatuh ke dalam buluh...sedapnya...
"tu dia....ikan kelah...mahal...mahal...sepotong RM 40" kata Cikgu Khairudin
abang Zul kita...Raja Lemang Menson...saban tahun muka dia je...hebat

Gambar semasa hari sambutan...

Cantik anak murid Menson
ringkas tetapi cantik
Beratur...nanti kena marah...
Cikgu Khairudin dan anaknya yang comel.
"Sam Bunkface" artis jemputan a.k.a Cikgu Ashri
Siapakah gerangan artis ini? jangan marah ya!
Guru Besar , Ustaz Abdul Abas...tengok apa tu?
Cikgu...berapa lemang satu batang?
Cik Murni dan Pn.Shida....orang kuat disebalik tabir...
Potong lemang untuk hidangan anak-anak murid
En.Syaiful Muazz a.k.a photographer sekolah
Amboi, meriahnya baju...kelas kau jah!!!
Semua murid diam bila Cikgu Rosdam angkat tangan...hehe
"tak sabar nak makan" keluhan hati semua murid.
En.Aliff segak berbaju kuning.
Orang kuat sekolah, En.Zulhilmi dan Ustazah Wan Rosnita
Imam muda Menson? siapa tahu suatu hari nanti...
Wak Mala dan Wak Ani, sama-sama cantik.
Cikgu...lambat lagi ke nak makan....lapar nie...
Satu-satunya murid India di sekolah Menson
Penyampaian hadiah kepada murid paling bergaya
Antara guru wanita yang ada, dulu 3-4 orang je...hehe