Sabtu, 2 Mei 2009

Sejarah Sekolah

1970 - an :

Sekolah ini telah ditubuhkan oleh anggota tentera di mana seramai 50 orang murid telah belajar di sekolah ini.
Guru yang mengajar di sekolah ini terdiri daripada 5 orang anggota tentera. Antara objektif penubuhannya ialah
untuk membasmi buta huruf di kalangan masyarakat asli.

1980 – an :

Sekolah ini telah diambil alih oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Dua orang guru daripada Jabatan ini telah
ditugaskan untuk mengajar murid yang seramai 50 orang. Tiada had umur disyaratkan untuk belajar di sekolah ini
pada waktu itu.

1994 :

Sekolah ini telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seramai 3 orang guru dari Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli telah diserap dan dilatih oleh Kementerian Pendidikan sebagai guru terlatih.

1996 :

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar 5 orang guru terlatih lepasan Maktab Perguruan untuk menerajui
pendidikan di kawasan pos asli ini demi menghasilkan sekolah ini menjadi sebuah institusi pendidikan yang lebih baik.

1999 – 2001 :

Pada Pertengahan Penggal 1999, Kementerian telah mengeluarkan peruntukan untuk membina bangunan / blok tambahan
di mana sebelum ini SK Menson hanya mempunyai 2 blok sahaja dan serba kekurangan dan bilangan murid yang semakin
bertambah iaitu seramai 148 orang murid dan 6 orang guru sahaja yang mengajar pada waktu itu.

2002 :

Sekolah Kebangsaan Menson telah berwajah baru di mana ia dilengkapi dengan bangunan Pentadbiran dan kelas yang
baru serta asrama untuk murid-murid asli yang tinggal jauh daripada sekolah ini. Kini bilangan murid sekolah ini
ialah seramai 186 orang murid termasuk dari Pos Telanok dan Pos Lemoi.

2003 :

Murid SK Menson bertambah sehingga 235 orang murid dan bilangan guru juga bertambah seramai 14 orang termasuk 2 orang
guru sandaran tidak terlatih.Pada tahun ini jugak seorang pelajar telah mendapat 5C bagi UPSR dan merupakan murid pertama
sekolah asli di peringkat daerah Cameron HIghlands lulus semua mata pelajaran.

2004 :

Tahun pertama 2 orang guru perempuan terlatih berketurunan Orang Asli telah dihantar ke SK Menson bagi member dorongan
dan semangat kepada murid-murid orang asli untuk Berjaya. Seramai 272 orang murid dan 14 orang guru terlatih dan 1 orang
guru tidak terlatih pada tahun ini. Tahun ini juga 3 orang murid tahun 6 telah lulus penuh 5 mata pelajaran UPSR dan merupakan
kali kedua rekod SK Menson sebagaisekolah pertama menghasilkan murid asli yang lulus di peringkat sekolah-sekolah asli di
Daerah Cameron Highlands.

2005—2007 :

SK Menson dalam pembentukan sistem Pentadbiran dan Pengurusan yang lebih efisien dan sistematik di mana kakitangan sokongan
telah dihantar bagi melicinkan lagi pengurusan sekolah. Bilangan murid semakin bertambah dari masa ke semasa dan guru-guru
siswazah juga telah dihantar untuk meningkatkan dan memperkasakan akademik di SK Menson. Talian internet (Schoolnet) dan
Siaran Astro telah dipasang untuk pendidikan murid-murid asli di sekolah ini.