Isnin, 30 Januari 2012

Selamat Datang Guru Praktikum

Bermula minggu ini SK Menson menerima 4 orang guru praktikum dari IPGM Kampus Tunku Ampuan Afzan, Pahang. Mereka akan menjalani praktikum selama 3 bulan.

SK Menson mengalu-alukan kedatangan mereka dan diharapkan dapat bersama-sama mendidik murid-murid sekolah agar lebih cemerlang di samping mejayakan setiap aktiviti akademik dan juga kokurikulum.

Guru Pendidikan Islam - En. Ahmad Muzakir & En. Mohd Nor Hafiz

Jumaat, 27 Januari 2012

Gaji Bulan Feb 2012 Mengikut SSM

KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

Selasa, 17 Januari 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah dan PSS

Pada hari Isnin bersamaan 16 Januari 2012, bertempat di dataran perhimpunan telah diadakan Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS bagi sessi 2012. Seramai 20 orang murid telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah manakala 15 orang murid dilantik sebagai Pengawas PSS. Bacaan ikrar pengawas juga telah berlangsung yang diketuai oleh adik Darizam bin Derani (Tahun 6A) selaku Ketua Pengawas.


Ahad, 15 Januari 2012

Warga SK Menson 2012



Barisan hadapan dari kiri : En. Shaharuddin, En. Wan Hafizin, En. M.Sajidin, En. Nor Hamdi, En. Wan Abdul Halim, En. Mohd Ashri, En. Bahar (GB), En. Shahrizal (GPK HEM), En. Muhamad (GPK KO), Pn. Nurshahidah, Pn. Remi, Pn. Norasuzi, Cik Suhaila, Cik Wan Rosnita, Pn. Nur Tahirah.
Barisan belakang dari kiri : En. Syaiful, En. M.Nasran, En Zahidi, En. Ahmad Aizil Azrin, En. Khairuddin, En.Che Rosdam, En. Alif, En.Zulhilmi, En. Rahazlin, Cik Noraini, Pn. Baizura, Pn. Halimatulsaadiah, Pn. Rose Azrani

Khamis, 12 Januari 2012

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Pada 11 Januari 2012 bersamaan hari Rabu yang lalu SK Menson telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Pertandingan bermula pada pukul 2.30 petang bertempat di SK Menson dan Kg. Rantau dengan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Menson En. Bahar bin Mohd Said.

Isnin, 9 Januari 2012

Selamat Datang Murid Tahun 1

Minggu pertama persekolahan bagi tahun 2012 sudah berlalu. Pelbagai ragam murid-murid Tahun 1 SK Menson yang kini hampir 50 orang dapat dilihat. Namun hampir kesemuanya kelihatan sangat bersemangat dan ceria untuk memulakan pembelajaran.


Guru kelas bagi Tahun 1 Ceria ialah Pn. Remi Yunus. Kini murid-murid Tahun 1 sedang menjalani Program Transisi selama 3 minggu dengan kerjasama pihak pentadbiran, guru-guru Tahun 1 khususnya serta semua guru SK Menson.


 



Khamis, 5 Januari 2012

Welcome 2012



Salam and Selamat Sejahtera everyone:)


A very belated HAPPY NEW YEAR to all!


We know it is a bit late, but better late than never.


Hope 2012 brings good health and prosperity to all of us.


It promises to be another great year for SK MENSON!


Let's make 2012 a good one!


2012.......We're ready for you!



P/S : Keep checking our page, we'll have new stuff soon!