Khamis, 23 Julai 2009

BBQ di Menson..

Pada 17 Julai 2009 (Jumaat), Guru Besar, En. Bahar telah menganjurkan makan malam / BBQ bersama ahli keluarga guru-guru dan staf SK Menson. Jamuan ini disambut dengan meriah sekali dengan kehadiran isteri-isteri dan anak-anak guru dan staf SK Menson. Menunya... Ayam golek, ikan bakar, sotong dan udang bakar dan macam macam ada...


Rabu, 22 Julai 2009

Slide Hari Guru

Acara Lucky Draw:




Perlawanan Bola Baling Antara Guru dan Staf:



Candid Hari Guru:


Sambutan Hari Guru 2009

Pada 15 Julai 2009, Sk Menson telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
Perutusan telah dibaca oleh GPK1, En. Razman dan GPK Koko, En. Muhamad. Sambutan dimulakan dengan penyampaian Anugerah guru-guru pilihan murid-murid. Seterusnya persembahan dari murid dan guru-guru.




Guru Paling Lawak dan Guru Paling Kacak

Guru Paling Serius (Wakil) dan Guru Paling Comel

Guru Paling Garang (P) dan Guru Paling Garang (L)


Guru Paling Baik dan Guru Paling Sporting

Nadi Penggerak SK Menson 2009

Sabtu, 18 Julai 2009

Program 1Malaysia/ Indahnya Bandarayaku

Pada 5 hingga 9 Julai 2009 yang lalu, seramai 33 orang murid tahun 5 dan 3 orang guru pengiring telah mengikuti Program 1Malaysia/ Indahnya Bandarayaku Peringkat Kebangsaan Siri 1 untuk semua murid di sekolah pedalaman. Murid-murid telah diberi pakaian dan beg untuk program ini. Murid-murid telah dibawa ke tempat-tempat yang telah dirancang seperti Bandaraya Ipoh, Pengkalan TLDM Lumut, Kota Sejarah-Kota Ngah Ibrahim di Matang, MRSM Taiping dan Pejabat SUK Negeri












Lawatan ke Kota Ngah Ibrahim, Matang, Taiping Perak








Bergambar di kereta Peronda Polis...

Lawatan ke MRSM Taiping Perak.


Lawatan ke Pejabat SUK Negeri Perak dan Galeri Sultan Azlan Shah



Lawatan ke TLDM Lumut, Perak





Malam penyampaian sijil dan penghargaan.