Rabu, 23 Mei 2012

KEDAP ( Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan ) 2012

Perlaksanaan Kelas KEDAP adalah sebahagian daripada program yang telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah diputuskan dalam mesyuarat FOCUS GROUP pembasmian kemiskinan bil 5/2007 pada 23.11.2007 yang di pergerusikan oleh Ybhg Tan Sri Mohd Sidek, KSU Negara.

Tujuan adalah untuk membasmikan buta huruf di kalangan Orang Asli seluruh negara, peserta program ini diberikan beberapa elaun antaranya elaun gantian kehilangan pendapatan, elaun makan, elaun alat tulis, elaun kesihantan dan lawatan sambil belajar.

Bertempat di SK Menson pada pagi ini 23/05/2012 telah dijalankan Ujian Saringan untuk peserta ( murid ) KEDAP untuk sesi 2012





Program Klinik Pergigian




Penerangan oleh Nurse yang comel

Program penjagaan dan rawatan gigi oleh Kakitangan Klinik Pergigian Tanah Rata menjadi aktiviti tahunan. Program ini memberi rawatan, khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada murid-murid sekolah. Bagi program pada 23.05.2012 ini pihak Klinik memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada murid-murid Prasekolah tentang cara mengosok gigi yang betul. Sekalung terima kasih dari kami kepada pihak Klinik Pergigian Tanah Rata, Cameron Highlands.






Ahad, 20 Mei 2012

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012

Perkhemahan Bersepadu Unit Berunifrom Sekolah telah diadakan pada 18 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 (Jumaat - Ahad). Unit Beruniform yang terlibat adalah Pengakap, Tunas Kadet Remaja dan Pandu Puteri Tunas. Seramai 87 orang pelajar dan 30 orang guru telah menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan tahunan ini diadakan di Padang Mini SK Menson.


 

Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2012 yang lalu. Tema hari guru pada tahun ini adalah " GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFOMASI NEGARA "

 
Sambutan ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah. Seterusnya adalah bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Guru Penolong Kanan 1, En. Faizul bin Shahardin. Seterusnya adalah Bacaan Ikrar Guru, Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu tema Hari Guru 2012 "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara" oleh guru-guru dan staf sekolah.


Bacaan Ikrar Guru


       Nyanyian Lagu Guru Malaysia




Persembahan tarian 'Joget Berhibur' oleh guru wanita



 Bacaan sajak oleh guru lelaki



Isnin, 7 Mei 2012

Family Day @ Port Dickson Golf & Country Club

Hari Keluarga SK Menson kali ke- 9 telah diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Program tahunan ini adalah di bawah anjuran Kelab Guru SK Menson. Kelab Guru telah memilih Port Dickson Golf and Country Club, Teluk Kemang sebagai destinasi bagi program kekeluargaan ini. Ramai guru dan kakitangan bersama keluarga telah menyertai program tahunan ini.




Rabu, 2 Mei 2012

Germ Buster

Pada 26 / 04 / 2012
Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands telah menganjurkan 
Program Germ Buster