Isnin, 7 Mei 2012

Family Day @ Port Dickson Golf & Country Club

Hari Keluarga SK Menson kali ke- 9 telah diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Program tahunan ini adalah di bawah anjuran Kelab Guru SK Menson. Kelab Guru telah memilih Port Dickson Golf and Country Club, Teluk Kemang sebagai destinasi bagi program kekeluargaan ini. Ramai guru dan kakitangan bersama keluarga telah menyertai program tahunan ini.