Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2012 yang lalu. Tema hari guru pada tahun ini adalah " GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFOMASI NEGARA "

 
Sambutan ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah. Seterusnya adalah bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Guru Penolong Kanan 1, En. Faizul bin Shahardin. Seterusnya adalah Bacaan Ikrar Guru, Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu tema Hari Guru 2012 "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara" oleh guru-guru dan staf sekolah.


Bacaan Ikrar Guru


       Nyanyian Lagu Guru Malaysia




Persembahan tarian 'Joget Berhibur' oleh guru wanita



 Bacaan sajak oleh guru lelaki



Pertandingan bola tampar antara guru-guru.





 
Permainan Futsal antara guru lelaki dan pelajar lelaki



 
Perlawanan Bola Jaring antara guru perempuan bersama pelajar perempuan




 

Pertukaran hadiah antara guru-guru 









 



SAJAK : GURU OH GURU


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca





Semoga jasa dan bakti semua warga pendidik  SK Menson terhadap anak bangsa akan mendapat keredhaan dan kemuliaan daripada Yang Maha Esa... Insya-Allah...