Rabu, 23 Mei 2012

KEDAP ( Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan ) 2012

Perlaksanaan Kelas KEDAP adalah sebahagian daripada program yang telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah diputuskan dalam mesyuarat FOCUS GROUP pembasmian kemiskinan bil 5/2007 pada 23.11.2007 yang di pergerusikan oleh Ybhg Tan Sri Mohd Sidek, KSU Negara.

Tujuan adalah untuk membasmikan buta huruf di kalangan Orang Asli seluruh negara, peserta program ini diberikan beberapa elaun antaranya elaun gantian kehilangan pendapatan, elaun makan, elaun alat tulis, elaun kesihantan dan lawatan sambil belajar.

Bertempat di SK Menson pada pagi ini 23/05/2012 telah dijalankan Ujian Saringan untuk peserta ( murid ) KEDAP untuk sesi 2012