Selasa, 17 Januari 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah dan PSS

Pada hari Isnin bersamaan 16 Januari 2012, bertempat di dataran perhimpunan telah diadakan Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS bagi sessi 2012. Seramai 20 orang murid telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah manakala 15 orang murid dilantik sebagai Pengawas PSS. Bacaan ikrar pengawas juga telah berlangsung yang diketuai oleh adik Darizam bin Derani (Tahun 6A) selaku Ketua Pengawas.