Khamis, 12 Januari 2012

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Pada 11 Januari 2012 bersamaan hari Rabu yang lalu SK Menson telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Pertandingan bermula pada pukul 2.30 petang bertempat di SK Menson dan Kg. Rantau dengan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Menson En. Bahar bin Mohd Said.