Isnin, 9 Januari 2012

Selamat Datang Murid Tahun 1

Minggu pertama persekolahan bagi tahun 2012 sudah berlalu. Pelbagai ragam murid-murid Tahun 1 SK Menson yang kini hampir 50 orang dapat dilihat. Namun hampir kesemuanya kelihatan sangat bersemangat dan ceria untuk memulakan pembelajaran.


Guru kelas bagi Tahun 1 Ceria ialah Pn. Remi Yunus. Kini murid-murid Tahun 1 sedang menjalani Program Transisi selama 3 minggu dengan kerjasama pihak pentadbiran, guru-guru Tahun 1 khususnya serta semua guru SK Menson.