Rabu, 27 Mei 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan Bhg. 1

Bengkel Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) telah diadakan pada 27 Mei 2009. Taklimat ini diberikan oleh GPK1, Cikgu Razman bin Omar dan Cikgu Sin Sun Bue. Taklimat ini bermula pada pukul 1.45 petang hingga 4.45 petang.



Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat baru tentang program rintis ini yang akan bermula bagi murid Pra Sekolah dan Tahun 1.

- Guru-guru berbincang mengenai program rintis ini

Cikgu Din Pra memberi maklum balas tentang program rintis ini.

Perbincangan hangat tentang program rintis yang membebankan lagi kerja guru..