Jumaat, 1 Januari 2010

Tahun Baru 2010



Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua warga SK Menson dan pengunjung-pengunjung blog SK Menson. Semoga apa yang kita rancang pada tahun lalu berjaya dan jika tidak, kita perlu mengambil initiatif baru untuk melangkah lebih baih pada tahun 2010. Perancangan yang lebih teliti dan pelaksanaan yang mengikut spesifikasinya akan membuahkan hasil yang lebih baik. Diharap para guru di seluruh malaysia dapat memberi komitmen yang lebih baik untuk mendidik anak bangsa kita supaya tidak lagi terjebak dengan perkara-perkara yang tidak sihat dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara serta konsep 1Malaysia.

Selamat Tahun Baru 2010...