Perancangan Strategik adalah tulang belakang kepada pengurusan sekolah. Ia merupakan satu proses merancang hala tuju organisasi yang kemudiannya akan menjadi panduan kepada semua guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Perancangan Strategik ini juga adalah suatu agenda pengurusan pendidikan yang amat berkait rapat dengan kecemerlangan dan kualiti akademik ke arah pancapaian matlamat pendidikan
bertaraf dunia. Melaluinya setiap program akademik yang bakal dilaksanakan hendaklah dirancang secara penuh sistematik bagi mencapai berkesananNYA. Dengan melibatkan strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses menyampaikan pelajaran.
Bagi Sekolah Kebangsaan Menson, fokus Perancangan Strategik ini menekankan kepada pengurusan akademik yang terancang rapi kerana Sekolah Kebangsaan Menson sentiasa berusaha ke arah melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kecemerlangan, bertaqwa dan sentiasa beriltizam untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun sebilangan besar murid sekolah ini adalah dalam lingkungan tahap sosio-ekonomi yang rendah, namun usaha yang padu serta jitu dengan penggemblengan tenaga para guru amatlah perlu demi merealisasikan pendidikan yang cemerlang.
Perancangan Strategik Pengurusan ini hendaklah dijadikan sebahagian daripada sistem kawalan yang menentukan prestasi sekolah secara keseluruhannya kerana ia berkaitan dengan masa depan murid dan negara kita.