Ahad, 3 Januari 2010

Amanat KPPM

PESANAN UTAMA ( TOUCH POINT) AWAL TAHUN 2010 :

1. KEPENTINGAN KEPADA PELAJAR
  • 1 PELAJAR : 1 MEJA / 1 KERUSI / 1 SET BUKU
  • PASTIKAN CUKUP KELAS , KERUSI MEJA UNTUK MURID
  • ‘KELAS YANG SEMPURNA’
2. TAHUN 2010 : TIADA BEKALAN PERABOT.
  • PERABOT SEDIA ADA DIBAIKI
  • GUNA SEGALA SUMBER , PIBG DAN SUMBANGAN IBUBAPA
  • PASTIKAN CUKUP PERABOT UNTUK PELAJAR BARU – TAHUN 1 DAN TING. 1
3. KESELAMATAN PELAJAR
  • ELAK TRAGEDI – KUALA DIPANG
  • UTAMAKAN KESELAMATAN DI SEKOLAH ATAU APA-APA PROGRAM PELAJAR YANG DILAKUKAN.
  • SENTIASA BUAT PEMANTAUAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN- KIPAS, SILING LAMPU, TINGKAP, TANGGA DLL…..
4. 2010 –TAHUN KURANG BERBELANJA
  • PERUNTUKAN PERBELANJAAN BERKURANG UNTUK PENDIDIKAN KURANG PERUNTUKAN KE JPN/SEK
  • KURSUS DAN PAKEJ DIKURANGAKAN
  • SEKOLAH DIGALAK BUAT KURSU DALAMAN UNTUK STAF
  • TNT JUGA DIKURANGKAN.

NKRAs (3): MELUASKAN AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN

MELUASKAN AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN
(Widening Access to Affordable and Quality Education)

  • QUALITY – TO BE RECOGNISED IN THE GLOBAL ARENA
  • AFFORDABLE – GOVERNMENT & GOVERNMENT- AIDED SCHOOLS
KPI:

1. Peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan.

2. Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasis selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

3. Membangunkan 100 buah sekolah berprestasi tinggi termasuk Trust Schools menjelang 2012

4. Mewujudkan ganjaran baru (new deals) berdasarkan penilaian berasaskan pretasi (performance – based assessment) kepada pemimpin sekolah.

Sabtu, 2 Januari 2010

NKRAs

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NASIONAL
(NATIONAL KEY RESULTS AREAS – NKRAs)

1. MENGURANGKAN KADAR JENAYAH
( Reducing Crime)

2. MEMBANTERAS RASUAH
( Combating Corruption)

3. MELUASKAN AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI DAN KEMAMPUAN
( Widening Access to Affordable and Quality Education)

4. MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT
(Raising Living Standard of the Poor)

5. MENINGKATKAN PRASARANA LUAR BANDAR
(Improving Infrastructure in Rural Areas)

6. MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM
(Improving Public Transportation)

MENTERI PENERAJU NKRAs

1. MENTERI DALAM NEGERI
(Mengurangkan Kadar Jenayah)

2. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(Membanteras Rasuah)

3. MENTERI PELAJARAN
(Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti dan Kemampuan)

4. MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT
(Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat)

5. MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
(Meningkat Prasarana Luar Bandar)

6. MENTERI PENGANGKUTAN
(Meningkat Mutu Perkhidmatan Pengangkutan Awam)

Key Performance Indicator (KPI)

Apa Itu KPI?

- KPI adalah suatu parameter yang boleh diukur, yang telah dipersetujui bersama, dan yang
akan mencerminkan kejayaan sesuatu organisasi (Muhamad Yahaya, 2005).

- KPI juga dikenali sebagai penunjuk kejayaan membantu organisasi mentakrif dan mengukur
kemajuan untuk mencapai matlamat organisasi.

- Maka KPI adalah kaedah mengukur pencapaian matlamat.

Mengapakah pentingnya KPI alam proses perancangan strategik?

Mengikut Kaplan (2003):

- If we can’t measure our processes, we can’t manage our processes
- If we can’t manage our processes, we can’t change our processes for improvement
- If we can’t improve our processes, we can’t meet or exceed our customers’ expectations
- MEASURE - MANAGE – CHANGE - EXCEED

Perancangan Strategik

Semua sekolah telah diarahkan untuk membuat Perancangan Strategik bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti pengurusan di sekolah. Banyak perkara penting yang perlu ada untuk memastikan perancangan ini berjalan mengikut spesifikasinya.

Perancangan Strategik adalah tulang belakang kepada pengurusan sekolah. Ia merupakan satu proses merancang hala tuju organisasi yang kemudiannya akan menjadi panduan kepada semua guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Perancangan Strategik ini juga adalah suatu agenda pengurusan pendidikan yang amat berkait rapat dengan kecemerlangan dan kualiti akademik ke arah pancapaian matlamat pendidikan
bertaraf dunia. Melaluinya setiap program akademik yang bakal dilaksanakan hendaklah dirancang secara penuh sistematik bagi mencapai berkesananNYA. Dengan melibatkan strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses menyampaikan pelajaran.

Bagi Sekolah Kebangsaan Menson, fokus Perancangan Strategik ini menekankan kepada pengurusan akademik yang terancang rapi kerana Sekolah Kebangsaan Menson sentiasa berusaha ke arah melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kecemerlangan, bertaqwa dan sentiasa beriltizam untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun sebilangan besar murid sekolah ini adalah dalam lingkungan tahap sosio-ekonomi yang rendah, namun usaha yang padu serta jitu dengan penggemblengan tenaga para guru amatlah perlu demi merealisasikan pendidikan yang cemerlang.

Perancangan Strategik Pengurusan ini hendaklah dijadikan sebahagian daripada sistem kawalan yang menentukan prestasi sekolah secara keseluruhannya kerana ia berkaitan dengan masa depan murid dan negara kita.



Jumaat, 1 Januari 2010

Tahun Baru 2010



Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua warga SK Menson dan pengunjung-pengunjung blog SK Menson. Semoga apa yang kita rancang pada tahun lalu berjaya dan jika tidak, kita perlu mengambil initiatif baru untuk melangkah lebih baih pada tahun 2010. Perancangan yang lebih teliti dan pelaksanaan yang mengikut spesifikasinya akan membuahkan hasil yang lebih baik. Diharap para guru di seluruh malaysia dapat memberi komitmen yang lebih baik untuk mendidik anak bangsa kita supaya tidak lagi terjebak dengan perkara-perkara yang tidak sihat dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara serta konsep 1Malaysia.

Selamat Tahun Baru 2010...