Rabu, 13 Februari 2013

Masyarakat Orang Asli : Satu Pengenalan.

Peta 1. Taburan Komuniti Etnik Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Orang Asli adalah merupakan penghuni awal Semenanjung Tanah Melayu dan kini dikenali sebagai warga pribumi Malaysia.

Petempatan mereka boleh ditemui di seluruh negeri Semenanjung kecuali di Negeri Perlis dan Pulau Pinang (lihat Peta 1).

Pada 2010 JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) telah melaporkan jumlah penduduk Orang Asli telah meningkat kepada 178,197 orang.daripada 141,230 pada tahun 2006.

Hampir keseluruhan Orang Asli ini adalah penghuni luar bandar dan menetap di dalam 852 buah perkampungan.

Sebahagian besar daripada perkampungan mereka ini terletak di dalam kawasan pedalaman dan kerana itu belum menerima kemudahan asas yang lengkap.

Sejumlah 32.6% atau 278 buah kampung Orang Asli belum lagi mendapat kemudahan air dan 23.9% atau 204 buah kampung belum lagi menerima kemudahan elektrik.