Jumaat, 2 November 2012

Selamat Tinggal Teman




Selamat bertukar diucapkan kepada PPM Asrama, Cik Noraini Jusoh, yang telah berkhidmat selama hampir 7 tahun di SK Menson. Semoga Allah s.w.t memurahkan lagi rezeki anda dengan pertukaran  ke SK Lepar, Pekan dan lebih cemerlang di tempat baru. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di sekolah ini. Semoga kami semua sentiasa di ingatan anda.



Cantik berseri bunga bakawali,
Sungguh indah di malam hari,
Hiba sungguh rasa di hati,
Sedang bersahabat ditinggal pergi...

Hati gembira bersama teman,
Pergi memancing di bawah jambatan,
Budi pekertimu tinggi tiada tandingan,
Itu menjadi kenang-kenangan...

Kalaulah tidak kerana unggas,
Tidaklah rosak padi di sawah,
Kalaulah tidak kerana tugas,
Tidaklah kita akan berpisah...

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi...