Isnin, 29 Oktober 2012

Sehari di Perpustakaan Awam

Pada 16 Oktober yang lalu satu program lawatan Tahun 6 ke Perpustakaan Awam Cameron Highlands telah diadakan bagi mengisi aktiviti pasca UPSR. Seramai 35 orang murid serta 6 orang guru pengiring terlibat dalam lawatan tersebut. 

Program ini bertujuan untuk mendekatkan murid dengan perpustakaan serta memberi peluang kepada mereka untuk belajar sambil bermain melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan di perpustakaan.



 Ucapan aluan oleh pegawai perpustakaan, Pn. Zulaiha
 


 
 Minum pagi



 Sessi briefing sebelum aktiviti Explorace bermula



 Pembahagian kumpulan



Wajah-wajah ceria menanti aktiviti bermula


 Clue....



 Pengembaraan pun bermula.....



Checkpoint 'Epal' 
Membina lebih daripada 10 patah perkataan daripada huruf-huruf yang diberi



 Checkpoint 'Pisang'
Sejarah Penanaman Strawberry di CH



 Checkpoint 'Ceri'
Permainan tradisional congkak



 Checkpoint 'Oren'
Sejarah Cameron Highlands 


 Checkpoint 'Rambutan'
Mencari buku fiksyen di Bahagian Bacaaan Dewasa



 Selesai aktiviti....berehat sebentar....



TQVM jurufoto, Cik Nor & Cikgu Ashri


Secara keseluruhannya, aktiviti Explorace berjalan lancar dan jelas kegembiraan di wajah murid-murid dan guru-guru. Murid-murid ternyata dapat menyelesaikan kesemua checkpoint dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada staf-staf perpustakaan yang menerima kunjungan kami serta menyediakan aktiviti yang sangat bermanfaat bagi murid-murid SK Menson.