Khamis, 1 Mac 2012

Karnival Mini Bahasa Melayu

Persatuan Bahasa Melayu SK Menson telah mengadakan Karnival Mini Bahasa Melayu pada 29 Februari 2012 bersamaan hari Rabu. Objektif utama program ini ialah untuk memupuk semangat cintakan bahasa kebangsaan selain mencungkil bakat murid-murid dalam aktiviti ko-akademik Bahasa Melayu. 


Kumpulan sasaran bagi program ini ialah murid-murid tahap dua. Antara pertandingan yang dijalankan ialah kuiz ejaan, melukis dan mewarna poster, bercerita dan membaca berita.




KUIZ EJAAN
TAHUN 3







PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA POSTER
TAHUN 4





PERTANDINGAN BERCERITA

TAHUN 5

TAHUN 6




PERTANDINGAN MEMBACA BERITA

 TAHUN 5

TAHUN 6



Tahniah kepada semua pemenang pertandingan serta syabas diucapkan kepada Persatuan Bahasa Melayu dan seluruh warga SK Menson di atas kerjasama yang diberikan. Semoga program seperti ini akan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar sambil bergembira:)