Ahad, 25 Mac 2012

Jamuan Perpisahan Guru Bertukar

Tarikh : 23 Mac 2012 (Jumaat)
Tempat : Strawberry Park Resort


Tahun 2012 menyaksikan pertukaran guru-guru yang melibatkan jumlah yang agak ramai. Maka Kelab Guru telah mengadakan jamuan perpisahan khas bagi guru-guru SK Menson yang telah/akan bertukar ke sekolah lain. 

Guru yang bertukar ialah En. Razman Omar, GPK 1, (bertukar ke SK Batu Tujuh, Tapah), Pn. Sin Sun Bue (SK Tg. Gahai), En. Rozarulaidil (SJKT Tanah Rata), Ustaz Kamaruzaman (SJKC Tanah Rata), En. Muhamad Ibrahim (SK St. Xavier, Penang) dan akan bertukar Tuan Guru Besar, En. Bahar Md. Said (SK Felda Tekam Utara).

Tetapi malangnya, En. Razman dan Pn. Sin Sun Bue tidak dapat hadir menyertai majlis tersebut di ata sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Kelab Guru SK Menson iaitu En. Shaharuddin dan kemudiannya disusuli dengan ucapan-ucapan daripada guru-guru yang bertukar. Cenderahati juga diberikan sebagai tanda kenang-kenangan ikhlas daripada seluruh warga SK Menson.



Guru-guru SK Menson hadir bersama keluarga masing-masing





 Bacaan doa bagi memberkati majlis




Ucapan perpisahan....:'(






Majlis juga turut meraikan kedatangan guru-guru baru yang bertukar ke SK Menson iaitu
 En. Faizul (GPK1), dari SK Telanok, dan En. Khairuddin (Guru Pra-Sekolah Bestari), dari SK Lemoi
Seorang lagi guru iaitu En. Zahidi, juga dari SK Lemoi pula tidak dapat hadir pada malam tersebut.




Cenderahati dari kami di SK Menson





Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang bertukar di atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Semoga anda semua lebih berjaya di tempat baru dan di masa-masa akan datang. Sudilah kiranya segala kenangan manis yang telah kita lalui bersama sentiasa tersemat di hati kalian. Maafkan andai ada silap dan salah serta halalkanlah segalanya.

Akhir sekali, semoga ukhwah yang telah dibina ini akan berkekalan walau di mana jua kita berada. Selamat tinggal......


Joget Kenangan Manis (Sudirman)