Isnin, 8 Februari 2010

LINUS Programme




Apa itu LINUS Programme?

Akronim kepada perkataan "Literacy and Numeracy Screening Programme"

Dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M) dan untuk memmastikan semua murid menguasai asas membaca,, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 di sekolah rendah.

Matlamat :

Memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik) selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.

Definisi Literasi

Definisi asas literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian .



Objektif

Objektif Program Literasi adalah memastikan pada akhir program Pencapaian Literasi , murid dapat :

i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.

ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran

iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung “dan".

Pendekatan

Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan
menyeluruh. Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat dan Memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis,guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan Fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis .

*sumber drp:http://sksebauh.blogspot.com