Ahad, 30 Ogos 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52




Tema Hari Kemerdekaan yang ke-52 ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan diadakan di Dataran Parlimen.



Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi sambutan hari kemerdekaan di :- http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php