Khamis, 13 Ogos 2009

Perjumpaan Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6

Pada 12 Ogos yang lalu telah diadakan perjumpaan bersama Ibu Bapa murid-murid Tahun 6. Pihak sekolah juga menjemput Tn. Hj. Mohamad bin Hj. Yusoff, Pegawai Unit Pengurusan Sekolah Rendah, JPN Pahang bersama perjumpaan ini.

Perjumpaan dimulakan dengan dacaan doa oleh Ust. Kamaruzaman dan kemudiannya ucapan aluan daripada Pengerusi PIBG sekolah,En. Zulkifli bin Bah Aim.


Ramai ibu bapa yang hadir memberi sokongan dan maklum balas pada perjumpaan ini demi anak-anak mereka.


Seterusnya ucapan dan taklimat daripada GPK1, En. Razman bin Omar

Ucapan daripada Guru Besar, En. Bahar bin Mohd Said dan ucapan daripada Penyelia Rendah dari JPN Pahang, Tn. Hj. Mohamad bin Hj. Yusoff.


Penyampai hadiah basikal kepada adik Shafina a/p Akau sebagai murid cemerlang Percubaan UPSR sesi 2009 oleh Tn. Hj. Mohamad. Seterusnya guru-guru Tahun 6 memberi taklimat tentang UPSR yang akan datang serta mengedarkan keputusan Percubaan UPSR murid Tahun 6 kepada ibu bapa murid dan sesi soal jawab diantara guru dan ibu bapa.