Isnin, 30 Januari 2012

Selamat Datang Guru Praktikum

Bermula minggu ini SK Menson menerima 4 orang guru praktikum dari IPGM Kampus Tunku Ampuan Afzan, Pahang. Mereka akan menjalani praktikum selama 3 bulan.

SK Menson mengalu-alukan kedatangan mereka dan diharapkan dapat bersama-sama mendidik murid-murid sekolah agar lebih cemerlang di samping mejayakan setiap aktiviti akademik dan juga kokurikulum.

Guru Pendidikan Islam - En. Ahmad Muzakir & En. Mohd Nor Hafiz
Guru Pemulihan Khas - En. Ahmad Shafie & En. Ahmad Al-Haiqal