Sabtu, 18 Oktober 2014

Karnival Sukan Asrama Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Cameron Highlands

Tarikh :16 Oktober 2014, Khamis Pihak pengurusan asrama SK Menson telah bermesyuarat agar sukan asrama pada tahun ini mempunyai kelainan dari tahun sebelumnya. Di mana penganjuran kali ini melibatkan tiga buah asrama sekolah rendah harian iaitu SK Menson, SK Lemoi dan SK Tanah Rata. Karnival ini disertai oleh 6 pasukan futsal dan 8 pasukan bola jaring. SK Menson menghantar 3 pasukan futsal dan 4 pasukan bola jaring.

Sekalung tahniah kepada pasukan Menson A yang telah menjuarai pertandingan Futsal dengan menewaskan pasukan Lemoi B dengan jaringan 3-1. Manakala, pasukan bola jaring Menson A telah tewas ditangan Lemoi A dengan mata 0-6. Azuan A/L Anyak (Menson A) dipilih sebagai Pemain Terbaik bagi kejohanan Futsal.































Sukan KEDAP

Tarikh : 13 Oktober 2014 , Isnin Jawatankuasa KEDAP SK Menson telah merancang satu program berbentuk sukan iaitu pertandingan Bola Jaring dan Futsal untuk pelajar KEDAP. Tujuan diadakan sukan ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara pelajar itu sendiri. Program berlangsung selama dua hari. Ucapan terima kasih kepada guru-guru KEDAP , AKS , dan pihak Pentadbir yang membantu dalam menjayakan program ini. 


sekitar gambar program