Rabu, 27 Mei 2009

Friendly Match

Satu perlawanan persahabatan bola sepak antara guru dan staf SK Menson pada pukul 5.00 petang..27 Mei 2009


Separuh Masa Pertama..

Abang Bro yang Macho... Geng Veteren yang masih hebat lagi...Mr. Omar dan Ustaz K


Team Soccer Menson.. ada berani??

Latihan Dalam Perkhidmatan Bhg. 1

Bengkel Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) telah diadakan pada 27 Mei 2009. Taklimat ini diberikan oleh GPK1, Cikgu Razman bin Omar dan Cikgu Sin Sun Bue. Taklimat ini bermula pada pukul 1.45 petang hingga 4.45 petang.



Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat baru tentang program rintis ini yang akan bermula bagi murid Pra Sekolah dan Tahun 1.

- Guru-guru berbincang mengenai program rintis ini

Cikgu Din Pra memberi maklum balas tentang program rintis ini.

Perbincangan hangat tentang program rintis yang membebankan lagi kerja guru..

Taklimat Pengurusan Tatatertib



Guru-guru wanita sentiasa tersenyum mendengar taklimat yang diberikan oleh GPK1 Cikgu Razman.

Cikgu Kaza sedang menngedarkan bahan rujukan taklimat kepada guru-guru.
Cikgu Din Priau sedang membaca bahan rujukan yang diberi...

Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009


Cikgu Omar sedang menjaga kelas Tahun 6 Bestari



Keadaan murid yang sedang menjawab soalan periksa...


Aduss.. Peningnya..

Kena jawab bersungguh-sungguh.. nak lulus ni..



Jumaat, 15 Mei 2009

Pembinaan Pondok Bacaan


Kerjasama orang kampung terhadap sekolah tidak berbelah bagi.. Terima kasih...

Rabu, 13 Mei 2009

Lagu Sekolah

SK MENSON

SK Menson sekolah berbudi
Mendidik kami semua
Dengan ilmu dan pendidikan
Yang bernilai dan berharga

Sekolah kami indah berseri
Hijau alam sekitar
Ilmu diberi, Usaha Kejayaan
Laksanakan cita-cita

SK Menson menabur bakti
Kepada kami semua
Usaha gigih menjadi asas
Kami insan berjaya

Happy Teacher's Day... Selamat Hari Guru



Apa program / aktiviti di sekolah anda sempena Hari Guru nanti... ??



Selamat Hari Guru sahabat-sahabat pendidik.... Teruskan usaha mendidik anak murid kita dengan sabar..



Sambutan Perayaan HAri Guru Peringkat kebangsaan di adakan di Taman Tamadun Islam, Terengganu.. Cikgu Sobri mewakili sekolah hadir ke majlis tersebut... Ganu Kiter... pada 12 hingga 17 Mei 2009.





Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik dan staf SK Menson....
16 Mei 2009



Selamat Hari Ibu...


Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu-Ibu di Malaysia... Sayangi Ibu...Semoga Ibu kita terus diberikan Allah ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai ibu agar anak-anak sentiasa berpegang pada ajaran-Nya, dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa.

Selasa, 12 Mei 2009

Sukan Asrama 2009




Kejohanan Sukan Asrama SK Menson 2009 telah dianjurkan oleh Pihak Pengurusan Asrama pada 27 Mac 2009 bertempat di Padang Mini SK Menson. Terdapat 2 acara dipertandingkan iaitu Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring.

Ahad, 3 Mei 2009

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

MATLAMAT SEKOLAH
  • Menghapuskan masalah buta huruf dikalangan pelajar.
  • Meningkatkan pemikiran ibu bapa pentingnya pelajaran untuk anak-anak mereka.
  • Meningkatkan minat pelajar untuk bersekolah dan menghapuskan keciciran atau tidak hadir ke sekolah.
  • Melahirkan murid yang berjaya dalam bidang kokurikulum sehingga dapat melahirkan jaguh-jaguh sukan yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
OBJEKTIF SEKOLAH

a) Memberi pendidikan asas yang kukuh.
b) Meningkat pencapaian dalam bidang akademik.
c) Meningkatkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.
d) Memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, matematik dan IT.
e) Melahirkan individu yang mempunyai cita-cita dan berkeyakinan diri.
f) Menanam sikap berdisiplin dan bertanggungjawab.

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga SK Menson, dengan penuh iltizam, berjanji akan menumpukan sepenuh usaha dan tenaga kami ke arah:

MURID

• Memastikan proses P & P berjalan dengan menepati masa yang ditetapkan.
• Memastikan buku latihan murid diperiksa selepas dikumpul.
• Memastikan kebajikan dan keselamatan murid diutama dan tindakan segera diambil.

STAF

• Memastikan urusan gaji guru-guru dan staf tepat pada masanya.
• Memaklumkan dengan sekadar segera edara berkaitan dengan perjawatan dari tarikh surat
diterima.
• Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali setahun.

IBU BAPA

• Aduan atau rayuan dari ibu bapa diambil tindakan segera.
• Memastikan ibu bapa mendapat maklumat yang terkini mengenai perkembangan pencapaian
pendidikan anak-anak.
• Sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan mutu pelajaran anak-anak .

KOMUNITI

• Memberi kerjasama yang erat dalam aktiviti kemasyarakatan.

STAKEHOLDER

• Memberi maklum balas dengan segera kepada surat arahan dari stakeholder.

Sabtu, 2 Mei 2009

ORGANISASI SK MENSON SESI 2012

(  EN. ABDUL ABAS BIN HJ ABDUL JABAR   )
GURU BESAR


PN. HALIMAH BT UMAR
GPK KURIKULUM
DGA 32


EN. SULAIMAN BIN ABDUL RAOF
GPK HEM
DGA 32


EN. FAUZI BIN MALEK
GPK KO-KURIKULUM
DGA 32


EN. MOHD NORHAMDI BIN MOHD NOOR
S/U PEPERIKSAAN
DG 41


EN. MOHD ASHRI BIN MOHD NASIR
GURU DATA/MAKLUMAT
DG 41


MISI DAN VISI

MISI SEKOLAH

Untuk Melahirkan
Murid Dan Warga Pendidik
Yang Cemerlang Dalam Bidang
Kurikulum, Kokurikulum, ICT
Dan Budaya yang positif.

VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Menson
Menjadi sekolah Orang Asli Cemerlang
Di Daerah Cameron Highlands
Menjelang 2014

Sejarah Sekolah

1970 - an :

Sekolah ini telah ditubuhkan oleh anggota tentera di mana seramai 50 orang murid telah belajar di sekolah ini.
Guru yang mengajar di sekolah ini terdiri daripada 5 orang anggota tentera. Antara objektif penubuhannya ialah
untuk membasmi buta huruf di kalangan masyarakat asli.

1980 – an :

Sekolah ini telah diambil alih oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Dua orang guru daripada Jabatan ini telah
ditugaskan untuk mengajar murid yang seramai 50 orang. Tiada had umur disyaratkan untuk belajar di sekolah ini
pada waktu itu.

1994 :

Sekolah ini telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seramai 3 orang guru dari Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli telah diserap dan dilatih oleh Kementerian Pendidikan sebagai guru terlatih.

1996 :

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar 5 orang guru terlatih lepasan Maktab Perguruan untuk menerajui
pendidikan di kawasan pos asli ini demi menghasilkan sekolah ini menjadi sebuah institusi pendidikan yang lebih baik.

1999 – 2001 :

Pada Pertengahan Penggal 1999, Kementerian telah mengeluarkan peruntukan untuk membina bangunan / blok tambahan
di mana sebelum ini SK Menson hanya mempunyai 2 blok sahaja dan serba kekurangan dan bilangan murid yang semakin
bertambah iaitu seramai 148 orang murid dan 6 orang guru sahaja yang mengajar pada waktu itu.

2002 :

Sekolah Kebangsaan Menson telah berwajah baru di mana ia dilengkapi dengan bangunan Pentadbiran dan kelas yang
baru serta asrama untuk murid-murid asli yang tinggal jauh daripada sekolah ini. Kini bilangan murid sekolah ini
ialah seramai 186 orang murid termasuk dari Pos Telanok dan Pos Lemoi.

2003 :

Murid SK Menson bertambah sehingga 235 orang murid dan bilangan guru juga bertambah seramai 14 orang termasuk 2 orang
guru sandaran tidak terlatih.Pada tahun ini jugak seorang pelajar telah mendapat 5C bagi UPSR dan merupakan murid pertama
sekolah asli di peringkat daerah Cameron HIghlands lulus semua mata pelajaran.

2004 :

Tahun pertama 2 orang guru perempuan terlatih berketurunan Orang Asli telah dihantar ke SK Menson bagi member dorongan
dan semangat kepada murid-murid orang asli untuk Berjaya. Seramai 272 orang murid dan 14 orang guru terlatih dan 1 orang
guru tidak terlatih pada tahun ini. Tahun ini juga 3 orang murid tahun 6 telah lulus penuh 5 mata pelajaran UPSR dan merupakan
kali kedua rekod SK Menson sebagaisekolah pertama menghasilkan murid asli yang lulus di peringkat sekolah-sekolah asli di
Daerah Cameron Highlands.

2005—2007 :

SK Menson dalam pembentukan sistem Pentadbiran dan Pengurusan yang lebih efisien dan sistematik di mana kakitangan sokongan
telah dihantar bagi melicinkan lagi pengurusan sekolah. Bilangan murid semakin bertambah dari masa ke semasa dan guru-guru
siswazah juga telah dihantar untuk meningkatkan dan memperkasakan akademik di SK Menson. Talian internet (Schoolnet) dan
Siaran Astro telah dipasang untuk pendidikan murid-murid asli di sekolah ini.