Sabtu, 15 November 2014

Lawatan Sambil Belajar Murid Asrama Ke Kuala Lumpur

Tarikh : 31 Oktober 2014, Jumaat Pihak pengurusan asrama telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur selama tiga hari. Lawatan ini melibatkan seramai 40 orang murid asrama dan 7 pengiring (Guru & AKS). Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Menara Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Muzium Orang Asli, Zoo Negara, Petrosains, Aquaria KLCC, Putrajaya dan lawatan penanda aras ke SK Presint 18(2),PutraJaya. Rombongan telah menginap di Asrama 1 Malaysia. Terima Kasih diucapkan kepada guru dan staf yang terlibat dalam menjayakan program lawatan ini.