Isnin, 4 Mac 2013

INFO SIHAT : APA ITU BPA (BISPHENOL A)




Bisphenol A
Bisphenol A dikenali juga dengan singkatanya BPA . Ia adalah sejenis bahan kimia yang terdapat dalam kandungan plastik polikarbonat (polycarbonate).Polikarbonat ini adalah sejenis plastik yang jernih dan tahan lasak serta keras buatanya,ia juga banyak digunakan didalam pelbagai produk pengguna , sebagai contoh : botol susu , botol air mineral , bekas makanan dan juga dalam teether bayi.
contoh: teether bayi

Barangan pengguna yang mengandungi bahan kimia BPA berbahaya ini dapat melarut dan meresap ke dalam makanan dan minuman kita tanpa kita sedari dan terus memasuki ke dalam badan . Walaupun dalam kuantiti yang sedikit bahan BPA ini memasuki ke dalam tubuh kita , ia tetap mamberi kesan negatif kepada sistem tubuh.

Faktor bagaimana BPA boleh meresap ke dalam makanan dan minuman kita

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ianya boleh berlaku, diantaranya adalah disebabkan oleh kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding jika ia terdedah kepada air sejuk atau air suam.

Cara untuk mengelakkan BPA

Munkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan barangan yang mengandungi BPA ini, tetapi kita dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut :
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin , pilih yang segar atau sejuk beku.Jika mahu yang segera,pilih dalam botol kaca.
  3. Sebaik munkin ,gunakanlah bekas makanan dari porselin , kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda.Lihat kod Plastik dibawah permainan.kod 7 adalah polikarbonat (elakan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jangan membiarkan air didalam botol air mineral terjemur didalam kereta,dan meminumnya.
  6. Gunakan botol susu daripada kaca atau plastik yang bebas BPA.Elakkan polikarbonat,sebaik pilih polietilena,polipropilena atau poliamida.
  7. Elakkan botol susu dari calar atau tergores dibahagian dalam botol tersebut disebabkan menggunakan berus yang tidak sesuai ketikan mencucinya.Gunakanlah berus yang lembut dan bersesuaian.
  8. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol susu tersebut.
contoh : botol susu polikarbonat dan polipropilena