Sabtu, 30 Mac 2013

Selasa, 5 Mac 2013

Untukmu Lahad Datu

9 Februari 2013, tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar, 
Dalam rundingan, kami bersabar, 
Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar, 
Kau degil, terus mencakar, 
Perdamaian sudah semakin samar


1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar, 
Darah saudara kami kau lapar, 
Batang tubuhnya kau kelar, 
Dibawa pulang keranda digandar, 
Menangis si kecil, diminta bersabar, 
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar 


Satu Malaysia Mula Tersedar, 
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar, 
Dari Padang Besar ke Daerah Papar, 
Semboyan Keramat memanggil Pendekar 


Kami sudah hilang sabar, 
Pendekar melangkah tangan menggegar, 
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar, 
Tidak bersisa kami langgar, 
Berlembut kami kau salah anggar, 
Ini bumi, tanah Pendekar

Isnin, 4 Mac 2013

INFO SIHAT : APA ITU BPA (BISPHENOL A)




Bisphenol A
Bisphenol A dikenali juga dengan singkatanya BPA . Ia adalah sejenis bahan kimia yang terdapat dalam kandungan plastik polikarbonat (polycarbonate).Polikarbonat ini adalah sejenis plastik yang jernih dan tahan lasak serta keras buatanya,ia juga banyak digunakan didalam pelbagai produk pengguna , sebagai contoh : botol susu , botol air mineral , bekas makanan dan juga dalam teether bayi.
contoh: teether bayi

Barangan pengguna yang mengandungi bahan kimia BPA berbahaya ini dapat melarut dan meresap ke dalam makanan dan minuman kita tanpa kita sedari dan terus memasuki ke dalam badan . Walaupun dalam kuantiti yang sedikit bahan BPA ini memasuki ke dalam tubuh kita , ia tetap mamberi kesan negatif kepada sistem tubuh.

Faktor bagaimana BPA boleh meresap ke dalam makanan dan minuman kita

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ianya boleh berlaku, diantaranya adalah disebabkan oleh kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding jika ia terdedah kepada air sejuk atau air suam.

Cara untuk mengelakkan BPA

Munkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan barangan yang mengandungi BPA ini, tetapi kita dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut :
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin , pilih yang segar atau sejuk beku.Jika mahu yang segera,pilih dalam botol kaca.
  3. Sebaik munkin ,gunakanlah bekas makanan dari porselin , kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda.Lihat kod Plastik dibawah permainan.kod 7 adalah polikarbonat (elakan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jangan membiarkan air didalam botol air mineral terjemur didalam kereta,dan meminumnya.
  6. Gunakan botol susu daripada kaca atau plastik yang bebas BPA.Elakkan polikarbonat,sebaik pilih polietilena,polipropilena atau poliamida.
  7. Elakkan botol susu dari calar atau tergores dibahagian dalam botol tersebut disebabkan menggunakan berus yang tidak sesuai ketikan mencucinya.Gunakanlah berus yang lembut dan bersesuaian.
  8. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol susu tersebut.
contoh : botol susu polikarbonat dan polipropilena


MAKLUMAN PERPINDAHAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa English Language Teaching Centre, Kementerian Pelajaran Malaysia (ELTC) yang sedang beroperasi di Blok Menara IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan rasminya akan berpindah ke kampus barunya di Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan bermula 4 Mac 2013 (Isnin).
3.         Sehubungan itu, sebarang surat-menyurat serta perhubungan dengan pegawai ELTC boleh dibuat dengan menghubungi alamat serta nombor telefon seperti ketetapan berikut:
            Alamat baru               : English Language Teaching Centre
                                                  Kementerian Pelajaran Malaysia
  Lebuh Enstek
                                                  Kompleks Pendidikan Nilai
                                                  71890 LABU, NEGERI SEMBILAN
            Talian Telefon           : 06-7979000
            Talian Faks                : 06-7979113/06-7979114

Sekian, terima kasih.

Sumber : http://www.moe.gov.my

MISI & VISI

MISI 

UNTUK MELAHIRKAN MURID DAN WARGA PENDIDIK YANG CEMERLANG DALAM BIDANG KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN BERSAHSIAH UNGGUL.


VISI

SEKOLAH KEBANGSAAN MENSON MENJADI SEKOLAH UNGGUL DI DAERAH CAMERON HIGHLANDS MENJELANG 2016

ORGANISASI SK MENSON 2013


EN. ABDUL ABAS BIN HJ ABDUL JABAR
GURU BESAR
DGA 34


PN. HALIMAH BT UMAR
GPK KURIKULUM
DGA 32


EN. SULAIMAN BIN ABDUL RAOF
GPK HEM
DGA 32


EN. MOHD FAUZI BIN MALEK
GPK KO-KURIKULUM
DGA 32


EN. MOHD NORHAMDI BIN MOHD NOOR
S/U PEPERIKSAAN
WARDEN ASRAMA LELAKI
DG 41


EN. MOHD ASHRI BIN MOHD NASIR
GURU DATA/MAKLUMAT
DG 41

PN. NURSHAHIDAH BT .MOHD SHARIFF
GURU PENOLONG
DG 41


PN. REMI BT YUNUS
GURU KELAS 1 ARIF
DGA 29

PN. NORHASMALILI BT AB. HAMID
GURU KELAS 2 BESTARI
DG 41

EN. MUHAMMAD ZAHIDI BIN MAT ALI
GURU KELAS 2 ARIF
DG 41

EN. MOHD NORHAMDI BIN MOHD NOOR
GURU KELAS 3 ARIF
DG 41


EN. KHAIRUDIN BIN ABDUL AZIZ
GURU KELAS 4 ARIF
DGA 29

 
PN. NUR TAHIRAH BT MOHAMED YUSOF
GURU KELAS 4 BESTARI
DG 41

EN. RAHAZLIN BIN ABDUL RAHMAN
GURU KELAS 5 ARIF
DG 41

EN. WAN HAFIZIN BIN WAN MUHAMMAD
GURU KELAS 6 ARIF
DG 41


PN. ROSE AZRANI BT ZAINI
GURU KELAS 6 BESTARI
DGA 29


EN. MOHD NASRAN BIN DERAMAN
GURU PEMULIHAN
DG 41


PN. NORASUZI BINTI HASSAN
GURU PEMULIHAN LINUS
DG 41


EN. MOHAMMAD SHAHARUDDIN BIN ABDULLAH
GURU PRA SEKOLAH ARIF
DGA 29


PN. SITI KHADIJAH BT MAT AIL
GURU PRA SEKOLAH BESTARI
DG 41


EN. MOHAMMAD SAJIDIN BIN BADRI
GURU SPBT
DG 41


CIK WAN ROSNITA BT WAN ABDULLAH
WARDEN ASRAMA PEREMPUAN
DC 41


EN. CHE ROSDAM BIN CHE SULAIMAN
GURU MEDIA / PUSAT SUMBER
DGA 29

CIK MURNI BINTI ABDULLAH
GURU PENOLONG
DG 41

PN. NOOR AZAM BT YAAKUB @ RUSLAN
SU PBS
DG 41

MOHAMMAD GHAZALI BIN JAAFAR
GURU ICT
DG 41

CIK SUHAILA BT MUSA
PEMBANTU TADBIR (SEKOLAH)
N17


EN. ALIFF BIN MOHAMAD
PENYELIA ASRAMA
N17


EN. AHMAD SYAIFUL BIN AHMAD SHABUDIN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID (ASRAMA)
N17


CIK NORAZILAH BINTI KAMARUDIN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID (ASRAMA)
N17


PN. NURRUL RHASEDA BT DERAMAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PRA SEKOLAH)
N17


PN. BAIZURA BT ISMAIL
PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PRA SEKOLAH)
N17


EN. ZULHILMI BIN ZULKAFLI
PEMBANTU AM PEJABAT
N1

Ahad, 3 Mac 2013

Mangsa Kebakaran

01.03.2013
Pihak Pentadbiran Sk Menson melawat mangsa kebakaran. Sumbangan dari guru-guru dihulurkan.







Majlis Perkahwinan Cikgu Sahlin

23.02.2013
Sekitar Majlis Perkahwinan Cikgu Sahlin bin Sisong. Beliau merupakan bekas guru di Sk Menson .
Tanhiah dari kami Pengantin Baru ini.

Sahlin & Noraini



Majlis Perlantikan Biro Asrama 2013

26.02.2013
Majlis Perlantikan Biro- biro Asrama 2013 telah berlansung. Diharap semua Biro-biro dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan ikhlas.

Tuan Guru Besar




Guru Penolong Kanan Koko








Persembahan