Isnin, 13 Disember 2010

Pengenalan Sekolah Rendah

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


Kategori Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan
i. Sekolah Rendah Kebangsaan
a. SK
b. SJKC
c. SJKT
PERTUKARAN ALIRAN BAHASA PENGHANTAR MURID SEKOLAH RENDAH
1. PENYATAAN DASAR
Pertukaran aliran bahasa pengantar adalah berdasarkan permohonan pertukaran murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) atau sebaliknya. Amalan pertukaran aliran bahasa pengantar ini adalah tidak digalakkan kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran murid.
2. TUJUAN
2.1 Bagi menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar dalam aliran kebangsaan di peringkat sekolah rendah serta memudahkan ibu bapa mendapat kelulusan pertukaran aliran bahasa pengantar anak-anak mereka.
3. PELAKSANAAN DASAR
3.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1989 bertarikh 1 Jun 1989 : Berkaitan dengan tatacara memberi kelulusan kepada pemohon untuk pertukaran aliran bahasa pengantar murid sekolah rendah. Pengarah Pendidikan Negeri dibenarkan memberi kelulusan bagi permohonan yang memenuhi syarat.
3.2 Berdasarkan minit mesyuarat Pengurusan Profesional Mingguan 6/98 bertarikh 23 Jun 1998
4. KAEDAH PELAKSANAAN
4.1 Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati di sekolah murid bersekolah dan di hantar melalui Guru Besar..
4.2 Setiap permohonan yang lengkap hendaklah diproses oleh Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pertimbangan.
4.3 Permohonan perlu mempunyai alasan yang kukuh berserta dokumen sokongan yang berkaitan.
4.4 Kriteria kelulusan permohonan;
4.4.1 Permohonan daripada murid-murid TAHUN SATU mana-mana aliran bahasa pengantar.

Sumber :http://www.moe.gov.my