Rabu, 29 September 2010

Sambutan Aidilfitri 2010

SAMBUTAN AIDILFITRI 1431H

SEKOLAH KEBANGSAAN MENSON CAMERON HIGHLANDS



Tarikh: 02.10.2010
Tempat : Kantin Sekolah
Masa : 10.30pg - 12.00tgh
Pakaian : Pakaian Kebangsaan

Menu istimewa

Rendang de menson
Ketupat nasi borr
Mee kari de jerantut
Satay al cameron
Mee sup abg long
Lemang panjang segalah


Atucara Persiapan

Tarikh: 01.10.2010 ( Jumaat )
15.00ptg - Basuh beras pulut
- Mesin kelapa
- Perah santan
- Potong daging

16.30 - Bakar lemang

20.30 - Memasak rendang
- Mengayam ketupat







Selasa, 28 September 2010

protim


Apakah Program PROTIM?
PROTIM ialah program yang dirancang untuk menangani masalah penguasaan kemahiran asas menulis, pembaca dan mengira dalam kalangan pelajar-pelajar tahap 2.

Siapakah yang terlibat dengan program ini?
Pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M adalah terlibat dalam program ini.

Bagaimanakah pemilihan pelajar dilakukan?
Pada peringkat awal, pelajar akan dikenal pasti melalui pemerhatian guru mata pelajaran. Pelajar-pelajar ini kemudiannya akan menduduki ujian pra-PROTIM, pelajar-pelajar yang gagal melepasi ujian pra akan terlibat dengan program PROTIM.

Siapakah guru PROTIM?
Guru yang terlibat dengan program ini ialah guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

Bilakah pengajaran dan pemelajaran PROTIM dilaksanakan?
Secara konsepnya, P&P PROTIM dilaksanakan secara intensif dalam waktu persekolahan namun pihak sekolah diberi kebebasan untuk menentukan cara P&P PROTIM dilaksanakan, apa yang penting ialah matlamatnya tercapai.

Isnin, 27 September 2010

British Council tingkat penguasaan BI

BRITISH Council baru-baru ini memperkenalkan Pasukan Penyelamat Bahasa Inggeris (ERT) dalam usahanya membantu rakyat negara ini yang bermasalah menguasai bahasa itu dari aspek pertuturan atau pemahaman melalui tip-tip dan bahan yang diperlukan dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).

Pasukan yang dianggotai oleh guru-guru dari British Council yang berpusat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu kini sedang menjalankan misi membantu seramai mungkin ramai negara ini yang lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Pengarah Perkhidmatan Bahasa Inggeris British Council, Sam Ayton berkata, British Council telah membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris rakyat Malaysia melalui pelbagai cara dan usaha sejak beberapa dekat lalu.

"Usaha ini diperluaskan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan sektor korporat untuk melatih guru di seluruh negara, menyediakan material mengajar bahasa Inggeris dalam talian, menjalin kerjasama pintar dengan sekolah-sekolah tempatan dan luar negara selain mengadakan bengkel bersama ibu bapa bagi membantu mereka mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak semasa di rumah," katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut mengendalikan Pusat Mengajar di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang menyediakan teknik latihan dan pengajaran bahasa Inggeris bermutu kepada kanak-kanak, orang dewasa dan golongan profesional.

"ERT adalah inisiatif yang cukup menyeronokkan dan mampu menjangkau lebih ramai rakyat negara ini. Projek ini membolehkan kami berhubung dan berinteraksi dengan sesiapa sahaja yang mahu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka.

"Guru-guru kami sangat teruja untuk berinteraksi dengan orang ramai dengan berkongsi tip dan menjawab soalan yang diajukan," jelasnya.

Kumpulan ERT kini menawarkan khidmat nasihat, hadiah dan turut menyeru orang ramai menyertai misi meningkatkan kesedaran selain memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam semua peringkat melalui laman sesawang www.englishrecueteam.com

Beliau memberitahu, laman sesawang yang mudah digunakan terbahagi kepada empat seksyen iaitu Log Book, Grammar Guru, English S.O.S. dan ERT Podcasts.

"Seksyen Log Book adalah laman di mana guru akan berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan bahasa Inggeris dari tip membantu ibu bapa mengajar anak-anak di rumah hingga ke perkembangan terkini dalam bahasa Inggeris orang dewasa.

"Laman Grammar Guru pula membolehkan sesiapa sahaja untuk mengemukakan soalan mengenai bahasa Inggeris kepada guru-guru British Council," ujarnya.

Katanya lagi, laman English S.O.S. pula menyediakan pertandingan menyeronokkan di mana orang ramai boleh memuat-naik gambar yang memaparkan penggunaan bahasa Inggeris yang salah serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti baucer dan iPod Touch.

"Manakala laman ERT Podcasts pula mengandungi beberapa siri podcast yang diramkan oleh guru British Council di mana mereka berkongsi pengalaman peribadi dalam P&P bahasa Inggeris selain berkongsi tip-tip yang berguna," kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi British Council, Reezal Esa berkata, laman sesawang Pasukan ERT membantu guru bahasa Inggeris menawarkan kepakaran mereka di luar bilik darjah melalui pendekatan yang lebih luas dan berkesann.

"Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat negara ini untuk terus belajar dan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka dan inilah cara yang paling mudah serta menyeronokkan," ujarnya.


Petikan dari : http://www.tutor.com.my/tutor/dunia

Ahad, 26 September 2010

salam 1 malaysia

salam semua..
salam 1 malaysia
minta ampun dan maaf kerana blog ini sudah lama tidak dikemaskini
insyallah saya akan kemaskini dari masa ke semasa mengikut cara saya. ape program selepas ini?
1. Jamuan Hari Raya

2. Perkhemahan Bersepadu

3. Hari Anugerah Cemerlang

Semua ini memerlukan sokongan, kerjasama kesemua warga Sekolah Kebangsaan Menson.