Ahad, 1 September 2013

Perlancaran Sambutan Kemerdekaan ke-56



Malaysiaku berdaulat

Kini aku bersyukur, aku masih bernafas dengan tenang dibumi bertuah mu malaysia…

aku bersyukur, negara ku tidak adanya pertumpahan darah berlaku secara besar-besaran di bumi bertuah ini…

Namun bumi ku ini, belum lagi aman… rompakan, culik, gejala sosial yang tiada kesudahan terus berlaku, bermaharaja lela…

Salahkan siapa?? polis?? Pemimpin?? ulama??? ustaz?? ataupun kita sendiri yang leka dengan tanggungjawab… sibuk dengan urusan duniawi…

lihatlah, pandanglah, fikirlah, dalamilah… malaysia ku..

Malaysia ku berdaulat….

bahasa kita yang dirojak carca merbakan. campur sana, campur sini. Aku tidak paham siapa yang menjadikan bahasa kita jadi bahasa rojak…

Ingatlah asal-asal mu… semaikan bahasa ibunda mu..

pejuang-pejuang telah terkorban dilahad datu..

salah siapa?? tuding menuding diantara kita..

apabila nyawa menjadi taruhan, sandiwara politik pula katanya..

Malaysiaku berdaulat…

kita belum merdeka sebenarnya…

ekonomi bangsa kita lumpuh, pendidikan kita ketinggalan jauh, tanah kita tergadai… bangsaku yang banyak suka berhibur

artis dipuja, ulama dipersenda..

mana Alquran dan hadis yang jadi panduan hidup??

Malaysiaku berdaulat…

Kini aku sedar, aku hidup di tanah air ku.. tapi aku ibarat hidup negara asing.. mencari rezeki, sesuap nasi, seperti meminta sedekah pada bangsa lain..

bangkitlah kita semua.. sedar dari lena empuk mu..

siapa diri kita..

Malaysiaku Berdaulat

bumi malaysia ku harus ku pertahankan, bukan hanya omong kosong..

tapi itulah ikrar ku..

tanah tumpahnya darahku..

malaysia ku bumi bertuah…

inilah pentas duniaku, akan ku pertahankan kota kemerdekaan ini, demi bangsa, agama dan negara..

























Hari Raya Aidilfitri 2013 - Peringkat Sekolah


Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

Pada 24hb Ogos yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah 2013. Walaupun sambutan yang sederhana tetapi kemeriahannya dapat dirasai bersama. Guru-guru dan juga kakitangan sekolah sama-sama bergotong-royong menyiapkan keperluan untuk majlis tersebut.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.


Gambar sehari sebelum majlis...

"Orang Kuat" membakar lemang setiap tahun.
Kucing pun turut serta "kacau makanan"
mengisi pulut dalam buluh...jangan salah isi pula ye...
Sempat lagi tu nak "posing".
Cikgu Rosdam bersama kambingnya...hehehe
Aishh...mana pula ikan ni...
haa...dapat pun tangkap...lauk..lauk...
elok-elok panjat Ustaz Hamdi!!!
Curahan santan jatuh ke dalam buluh...sedapnya...
"tu dia....ikan kelah...mahal...mahal...sepotong RM 40" kata Cikgu Khairudin
abang Zul kita...Raja Lemang Menson...saban tahun muka dia je...hebat

Gambar semasa hari sambutan...

Cantik anak murid Menson
ringkas tetapi cantik
Beratur...nanti kena marah...
Cikgu Khairudin dan anaknya yang comel.
"Sam Bunkface" artis jemputan a.k.a Cikgu Ashri
Siapakah gerangan artis ini? jangan marah ya!
Guru Besar , Ustaz Abdul Abas...tengok apa tu?
Cikgu...berapa lemang satu batang?
Cik Murni dan Pn.Shida....orang kuat disebalik tabir...
Potong lemang untuk hidangan anak-anak murid
En.Syaiful Muazz a.k.a photographer sekolah
Amboi, meriahnya baju...kelas kau jah!!!
Semua murid diam bila Cikgu Rosdam angkat tangan...hehe
"tak sabar nak makan" keluhan hati semua murid.
En.Aliff segak berbaju kuning.
Orang kuat sekolah, En.Zulhilmi dan Ustazah Wan Rosnita
Imam muda Menson? siapa tahu suatu hari nanti...
Wak Mala dan Wak Ani, sama-sama cantik.
Cikgu...lambat lagi ke nak makan....lapar nie...
Satu-satunya murid India di sekolah Menson
Penyampaian hadiah kepada murid paling bergaya
Antara guru wanita yang ada, dulu 3-4 orang je...hehe

Tadarus Khatam Al-Quran 2013 - Peringkat Sekolah

Sepanjang bulan ramadhan, guru panatia Pendidikan Islam & J-QAF telah mengadakan program tadarus Al-Quran sepanjang hari bekerja.Program dijalankan semasa waktu rehat murid bertempat di bilik guru.Hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri pihak sekolah telah mengadakan Program Tadarus Al-Quran.

gambar sekitar majlis...