Khamis, 7 Februari 2013

Pokok Durian

PRASEKOLAH B - Program gotong royong kali pertama selesai dilaksanankan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung. Gotong royang kali ini dijalankan dengan aktiviti menebang sebatang pokok durian bersebelahan bangunan Prasekolah B. Ini bertujuan untuk menjamin keselamatan murid-murid. Mengikut sumber pokok tersebut berusia hampai 50 tahun. Ia ditanam oleh penduduk asal Kampung Pos Menson.








Rabu, 6 Februari 2013

K9 SK MENSON

Isnin 
04.02.2013 - Admin telah dimaklumkan oleh Tuan Guru Besar En HJ Abdul Abas Bin HJ Abdul Jabar bahawa Sekolah Kebangsaan Menson telah terpilih sebagai salah sebuah Sekolah untuk program K9.

K9 - Sekolah Model Khas Komprehensif

K9? K9 bermaksud akan wujud 9 kelas di sekolah tersebut iaitu dari tahun 1 hinggalah ke tingkatan 3. Matlamat penubuhanya adalah untuk menanggani masalah keciciran dalam kalangan pelajar-pelajar orang asli. Idea penubuhanya bermula kira-kira dua tahun lepas. Sekolah pertama yang telah melaksanakanya ialah SK Paloh Hinai Pekan Pahang. 



Momentum harus dipacu agar setiap yang terlibat perlu bergegas melaksanakan peranan masing-masing. Tiada lagi masa untuk bertanya tentang punca kuasa atau kesediaan diri. Nasib pribumi ini semakin jelas berada di tangan kita. Wahai warga SK MENSON kerahlah seluruh khudrat anda semua, bergerak sederap bagi memaknakan kehadiran. Walaupun kita bermula lewat, namun harapannya kita akan berada di hadapan"

Sabtu, 2 Februari 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, SK Menson telah mengadakan majlis sambutan peringkat sekolah pada 25 Januari 2013 bersamaan hari Jumaat yang lalu. Pelbagai aktiviti telah diadakan sebagai pengisian program seperti perarakan, pertandingan sepanduk dan perbarisan, bacaan ayat suci Al-Quran, tayangan slide dan video serta kuiz Maulidur Rasul. Program bermula pada jam 7.45 pagi di mana murid dan guru berkumpul di Kg. Leriyar bagi memulakan perarakan ke sekolah.




SALAM MAULIDUR RASUL 1434H

"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Jumaat, 1 Februari 2013

Tamatnya Program Transisi Murid Tahun 1 Sessi 2013

Secara rasminya Program Transisi telah melabuhkan tirainya pada Isnin, 21 Januari 2013 yang lalu. 

Program ini bertujuan untuk murid baru mengalami perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di Pra Sekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah. Ia melibatkan semua murid Tahun 1 yang datang daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses P&P dapat dijalankan dengan lancar manakala murid dapat mengikutinya dengan gembira.

Program yang berjalan selama 3 minggu ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti sessi suai kenal, melawat seluruh kawasan sekolah, aktiviti bermain sambil belajar serta sukaneka. Diharapkan dengan adanya program ini murid dapat terus menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah serta bersedia untuk memulakan pembelajaran dengan sebaiknya.



Wajah-wajah baru murid SK MENSON