Selasa, 27 November 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan


Tarikh : 8 November 2012 (Khamis)
Tempat : Dewan Makan Asrama SK Menson
Perasmian Oleh : YDP PIBG




Persiapan sebelum majlis bermula



 
Ibu bapa dan murid mengambil tempat





Pengerusi majlis 




Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Pahang sebagai pembuka tirai majlis
 



Bacaan doa oleh Ustaz Sajidin




 Ucapan aluan oleh Tuan GB, Ustaz Abbas 




 
Ucapan perasmian oleh YDP PIBG, En. Ismail




Majlis Graduasi murid-murid Pra Sekolah Arif dan Bestari





Persembahan Tarian Endang oleh murid-murid Tahun 6





Penyampaian hadiah bagi Kedudukan Terbaik Dalam Kelas 
dan Peningkatan Prestasi Sepanjang Tahun





 Peserta Terbaik Kem Bestari Solat





Persembahan Kalam Jamai'e oleh murid-murid Tahun 5






Penyampaian sijil untuk pelajar-pelajar KEDAP 





Antara penerima Sijil Kedatangan Penuh




Persembahan nyanyian 'Gajah Menari' oleh murid-murid Tahun 1




Penyampaian sijil kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS





Persembahan Pakaian Tradisional oleh murid-murid Tahun 2




Pelajar Harapan - Mohamad Syhukri dan Wak Lani (Tahun 5A)




Olahragawan dan Olahragawati - Sarin (Tahun 4D) dan Nur Syaliana (Tahun 5A)




Terbaik Kokurikulum - Darizam dan Roswina (Tahun 6A)




Pelajar Terbaik - Juhasnira dan Suhaimi (Tahun 6A)





 GROUP PHOTO


Kelas Pra Sekolah Arif




Kelas Pra Sekolah Bestari




Guru-guru perempuan




Warga SK Menson 2012


Ahad, 11 November 2012

Selamat Bercuti Sekolah




Sessi persekolahan 2012 telah pun menutup tirainya. Cuti sekolah kini tiba lagi! 
Warga SK Menson mengucapkan
 SELAMAT BERCUTI PANJANG 
kepada semua warga pendidik dan anak didik di sekolah-sekolah daerah Cameron Highlands, 
dan juga di seluruh Malaysia!


Kepada murid-murid SK Menson yang dikasihi,
  diharap dapat mengisi cuti sekolah kali ini dengan aktiviti-aktiviti yang
 berfaedah serta jangan lupa mengulangkaji pelajaran.
Jaga diri, jaga keselamatan.
 Semoga semuanya selamat kembali ke sekolah pada tahun hadapan.


Kepada guru-guru dan staf, selamat bercuti kepada yang bercuti.
Bergembiralah bersama keluarga anda. Kepada yang bertugas, ikhlaskan hati, besarkan jiwa.
 Semoga usaha murni anda akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan semua.
 InsyaAllah:)


JUMPA LAGI!!!









"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka mula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" - (Al-Asr 1-3)


P/S: Pics googled


Ahad, 4 November 2012

Iktiar Hidup Tahun 6 2012

Aktivi bermula dengan mencari bahan-bahan makanan di dalam hutan
Acara menghidupkan api pun bermula. pelbagai ragam dan telatah. 


Sudah masak.. apa lagi makan laa...
Kemuncak yang ditunggu-tunggu. walau air keroh. Hak  mandi, Hak Kami!!!


Jumaat, 2 November 2012

Selamat Tinggal Teman




Selamat bertukar diucapkan kepada PPM Asrama, Cik Noraini Jusoh, yang telah berkhidmat selama hampir 7 tahun di SK Menson. Semoga Allah s.w.t memurahkan lagi rezeki anda dengan pertukaran  ke SK Lepar, Pekan dan lebih cemerlang di tempat baru. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di sekolah ini. Semoga kami semua sentiasa di ingatan anda.



Cantik berseri bunga bakawali,
Sungguh indah di malam hari,
Hiba sungguh rasa di hati,
Sedang bersahabat ditinggal pergi...

Hati gembira bersama teman,
Pergi memancing di bawah jambatan,
Budi pekertimu tinggi tiada tandingan,
Itu menjadi kenang-kenangan...

Kalaulah tidak kerana unggas,
Tidaklah rosak padi di sawah,
Kalaulah tidak kerana tugas,
Tidaklah kita akan berpisah...

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi...