Khamis, 16 Disember 2010

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT)


Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang.
Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar.
Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan ke semua kawasan di seluruh negara. Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga menjadi criteria utama pemilihan murid.
kriteria pemilihan
Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
Kadar dan Peruntukan
Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.
Strategi Perlaksanaan
Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan serta tempat hidangan. Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu atau dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan sesuaian dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses penyediaan makanan, 95% sekolah di Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan makanan akan dinikmati oleh murid beberapa minit sebelum waktu rehat.

Isnin, 13 Disember 2010

Pengenalan Sekolah Rendah

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


Kategori Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan
i. Sekolah Rendah Kebangsaan
a. SK
b. SJKC
c. SJKT
PERTUKARAN ALIRAN BAHASA PENGHANTAR MURID SEKOLAH RENDAH
1. PENYATAAN DASAR
Pertukaran aliran bahasa pengantar adalah berdasarkan permohonan pertukaran murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) atau sebaliknya. Amalan pertukaran aliran bahasa pengantar ini adalah tidak digalakkan kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran murid.
2. TUJUAN
2.1 Bagi menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar dalam aliran kebangsaan di peringkat sekolah rendah serta memudahkan ibu bapa mendapat kelulusan pertukaran aliran bahasa pengantar anak-anak mereka.
3. PELAKSANAAN DASAR
3.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1989 bertarikh 1 Jun 1989 : Berkaitan dengan tatacara memberi kelulusan kepada pemohon untuk pertukaran aliran bahasa pengantar murid sekolah rendah. Pengarah Pendidikan Negeri dibenarkan memberi kelulusan bagi permohonan yang memenuhi syarat.
3.2 Berdasarkan minit mesyuarat Pengurusan Profesional Mingguan 6/98 bertarikh 23 Jun 1998
4. KAEDAH PELAKSANAAN
4.1 Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati di sekolah murid bersekolah dan di hantar melalui Guru Besar..
4.2 Setiap permohonan yang lengkap hendaklah diproses oleh Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pertimbangan.
4.3 Permohonan perlu mempunyai alasan yang kukuh berserta dokumen sokongan yang berkaitan.
4.4 Kriteria kelulusan permohonan;
4.4.1 Permohonan daripada murid-murid TAHUN SATU mana-mana aliran bahasa pengantar.

Sumber :http://www.moe.gov.my

Khamis, 9 Disember 2010

Cuti Sekolah 2011

Kepada sesapa yang nak buat rujukan cuti tahun depan… saya dah sertakan kat sini.. Maklumlah.. anak dah sekolah tahun depan.. so kenalah sediakan apa yang patut

January 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31
February 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28
March 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
April 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
May 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
June 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30
July 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
August 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31
September 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30
October 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31
November 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30
December 2011
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


-

Cuti dan Perayaan

  • 1 Jan – Tahun Baru 2011
  • 1 Feb – Hari Wilayah
  • 3 Feb -> 4 Feb – Tahun Baru Cina
  • 15 Feb – Maulidur Rasul
  • 12 Mac -> 20 Mac – Cuti Pertengahan Penggal
  • 1 Mei -> 2 Mei – Hari Buruh (2 hb ganti)
  • 17 Mei – Hari Wesak
  • 28 Mei -> 12 Jun – Cuti Pertengahan Tahun
  • 1 Ogos – Awal Ramadhan
  • 30 Ogos – Hari Raya Aidilfitri
  • 31 Ogos – Hari Kebangsaan
  • 2 Sep – Hari Kedua Aidilfitri
  • 27 Aug -> 4 Sep – Cuti Pertengahan Penggal
  • 16 Sep – Hari Malaysia
  • 26 Oct – Deepavali
  • 6 Nov – Hari Raya Aidil Adha
  • 19 Nov -> 31 Disember – Cuti Akhir Tahun
  • 27 Nov – Awal Muharram
  • 25 Dis – Hari Krismas

Note: Dikemaskini pada Nov 2010

Rabu, 8 Disember 2010

Keputusan UPSR Pahang 2010

Tahniah kepada semua guru sekolah rendah Negeri Pahang dan pelajar-pelajar yang telah mencatatkan keputusan terbaik dalam sejarah UPSR 2010 apabila mencatat GPN 2.20 dan 12.88% mendapat 7A/5A. Pahang berada di "Top Four" sepertimana yang dirancangkan.

GPN Pahang mengatasi GPN negeri-negeri lain di pantai timur (GPN Terengganu 2.25, GPN Kelantan 2.22, GPN Pahang 2.20). Mencapai kejayaan itu tidak semudah mempertahankannya.
Sila klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Selasa, 7 Disember 2010

tokoh ma'al hijrah 1432H/2010


Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1432H / 2010 telah di umumkan milik Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara pada suatu majlis sambutan ma'al hijrah di Pusat Konvesyen Antarabangsa, Putrajaya pagi tadi.

Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan Johor Bharu, Johor, di dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, PJ. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.


Tokoh Ma'al Hijrah
peringkat kebangsaan
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 hingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004

Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.


Bagi sambutan peringkat negeri Selangor, Dato' Dr. Harun Din telah di pilih oleh sebagai Tokoh Ma'al Hijrah 1432H peringkat negeri. Sememangnya pemilihan Dr.Harun Din tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapapun memandangkan jasa2 beliau dalam menyumbangkan dakwah kepada umat islam di negara ini khasnya.

Pendidikan
  • Kolej Islam Malaya (1962-1965) - Sijil Tertinggi Kolej
  • Diploma Pendidikan Al-Azhar, Kaherah (1966-1968). Syariah dari Ain-Shams, Universiti Kaherah (1972-1974) - Ph.D Syariah
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Profesor pada tahun 1986. Beliau telah menulis banyak buku antaranya ialah, manusia dan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Obor Islam, Tasawur Islam, Hudud dalam Perundangan Islam dan banyak lagi.

Prof. Dato' Dr. Harun Din
Kerjaya
  • Pensyarah
  • Profesor
  • Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
  • Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
  • Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
sumber: wikipedia