Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Assalamualaikum,




Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia,bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah)



Dari Abu Hurairah ia berkata : Rasulullah bersabda : Setiap amal manusia terdapat pahala yang terbatas kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku dan Aku (Allah) yang membalasnya, dan puasa adalah perisai. Dan pada hari puasa janganlah kalian mengatakan atau melakukan perbuatan keji dan janganlah membuat gaduh, jika salah seorang kalian mencelanya atau membunuhnya maka hendaklah mengatakan : Sesungguhnya aku sedang berpuasa , demi Dzat yang jiwa Muhammad berada ditangannya benar-benar bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi, bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang ia gembira dengan keduanya : jika berbuka ia gembira, dan jika bertemu Allah dengan puasanya ia gembira. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Jumaat, 30 April 2010

perlawanan persahabatan sk menson vs sk telanok


guru-guru wanita SK Menson




Pasukan lelaki SK Menson



bersantai nampak!!! ..



majlis jamuan



Tahniah warga menson kerana semua dapat berkonvoi ke SK Telanok..
andalah wira-wira negara!!!!

pemberian bantuan KWAPAM ( kumpulan wang amanah pelajar miskin ) 2010


Isnin, 8 Februari 2010

Strategi Pelaksanaan Program Linus


Strategi Pelaksanaan Program Linus

• Screening of Students (Year 1, Year 2 and Year 3)
• Pembangunan material (Development of Materials)
• Pembangunan kapasiti (Enhancement of Teachers Pedagogical Skill)
• Awareness (Awareness Programmes for Schools and Community)
• Pemantauan, penyeliaan dan penilaian
• Fasilinus. (Establishment of FasiLINUS)


Strategi 1: Screening ( penapisan )
  1. Screening murid tahun satu 2010 pada bulan: Mac, Jun, dan September.
  2. Screening tahap kesihatan murid supaya murid berkeperluan khas mengikuti kelas pendidikan khas.
  3. Murid yang tidak melepasi tahap akan mengikuti program Linus.

Strategi 2: Pembinaan Material Pengajaran dan Pembelajaran.
( Material Building )


• Modul pembelajaran
• Panduan pengajaran guru.



Strategi 3: Meningkatkan kemahiran profesional guru.
  1. Latihan dalam perkhidmatan
  2. Perkembangan staf di PPD dan di Sekolah
  3. Semak semula kurikulum.
  4. Mengadakan bengkel.

Strategi 4. Awareness.
  1. Penataran/penerangan kepada guru dan komuniti sekolah.
  2. Edaran brosure kepada umum
  3. Promosi kepada umum melalui:
  4. Pameran
  5. Siaran media massa – cetak /eletronik
  6. Adakan minggu atau hari LINUS di sekolah.

Strategi 5: Monitoring
  1. Instrumens pemantauan:
  • Kaedah P&P guru
  • Penilaian murid
  • Pengurusan program di sekolah
Strategi 6: P erkhidmatan FasiLINUS
  1. Pelantikan guru
  2. Membangunkan keupayaan FasiLINUS
  3. Penerangan Linus kepada GB dan guru
  4. Coaching dan mentoring
  5. Perancangan strategi.

*sumber drp.:Bahan taklimat Perkembangan Baru Pendidikan 2010 - 2012 JPN Perak

LINUS Programme




Apa itu LINUS Programme?

Akronim kepada perkataan "Literacy and Numeracy Screening Programme"

Dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M) dan untuk memmastikan semua murid menguasai asas membaca,, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 di sekolah rendah.

Matlamat :

Memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik) selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.

Definisi Literasi

Definisi asas literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian .



Objektif

Objektif Program Literasi adalah memastikan pada akhir program Pencapaian Literasi , murid dapat :

i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.

ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran

iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung “dan".

Pendekatan

Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan
menyeluruh. Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat dan Memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis,guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan Fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis .

*sumber drp:http://sksebauh.blogspot.com