Selasa, 10 Julai 2012

Ucapan Perpisahan Seorang Wira - Cikgu Shahrizal Bin Yahaya

Abadi Dalam Harum Nama

Dia pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Dia pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Dia pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.



Isnin, 9 Julai 2012

Hadiah Kelahiran Anak

Kelab Guru dan Kakitangan SK Menson 
Hadiah untuk kelahiran anak pertama En Zulhilmi

Hadiah untuk kelahiran anak kedua Cikgu Khairuddin

Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Khas buat Cikgu Rahazlin, Cikgu Khairuddin, Ustazah Noor Azam, Cikgu Norasuzi, Cikgu Rose Azrani, Cikgu Remi dan Cik Noraini

Majlis telah berlansung pada 06/07/2012 ( jumaat )



Khamis, 5 Julai 2012

Malam Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. (wikipedia)



Bacaan Yassin

Di ketuai oleh Ustaz Hafiz