Rabu, 28 Mac 2012

xpdc ke empangan air sk menson

Jam 3.30 petang hari rabu 28hb mac 2012 peserta xpdc telah memulakan pendakian ke puncak empangan. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membersihkan empangan yg selalu di cemari daun, kayu dan pasir. Empangan ini digunakan untuk keperluan SK Menson.
Pendakian mengambil masa yang agak lama 

Ahad, 25 Mac 2012

Jamuan Perpisahan Guru Bertukar

Tarikh : 23 Mac 2012 (Jumaat)
Tempat : Strawberry Park Resort


Tahun 2012 menyaksikan pertukaran guru-guru yang melibatkan jumlah yang agak ramai. Maka Kelab Guru telah mengadakan jamuan perpisahan khas bagi guru-guru SK Menson yang telah/akan bertukar ke sekolah lain. 

Guru yang bertukar ialah En. Razman Omar, GPK 1, (bertukar ke SK Batu Tujuh, Tapah), Pn. Sin Sun Bue (SK Tg. Gahai), En. Rozarulaidil (SJKT Tanah Rata), Ustaz Kamaruzaman (SJKC Tanah Rata), En. Muhamad Ibrahim (SK St. Xavier, Penang) dan akan bertukar Tuan Guru Besar, En. Bahar Md. Said (SK Felda Tekam Utara).

Tetapi malangnya, En. Razman dan Pn. Sin Sun Bue tidak dapat hadir menyertai majlis tersebut di ata sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Kelab Guru SK Menson iaitu En. Shaharuddin dan kemudiannya disusuli dengan ucapan-ucapan daripada guru-guru yang bertukar. Cenderahati juga diberikan sebagai tanda kenang-kenangan ikhlas daripada seluruh warga SK Menson.



Guru-guru SK Menson hadir bersama keluarga masing-masing





 Bacaan doa bagi memberkati majlis




Ucapan perpisahan....:'(






Majlis juga turut meraikan kedatangan guru-guru baru yang bertukar ke SK Menson iaitu
 En. Faizul (GPK1), dari SK Telanok, dan En. Khairuddin (Guru Pra-Sekolah Bestari), dari SK Lemoi
Seorang lagi guru iaitu En. Zahidi, juga dari SK Lemoi pula tidak dapat hadir pada malam tersebut.




Cenderahati dari kami di SK Menson





Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang bertukar di atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Semoga anda semua lebih berjaya di tempat baru dan di masa-masa akan datang. Sudilah kiranya segala kenangan manis yang telah kita lalui bersama sentiasa tersemat di hati kalian. Maafkan andai ada silap dan salah serta halalkanlah segalanya.

Akhir sekali, semoga ukhwah yang telah dibina ini akan berkekalan walau di mana jua kita berada. Selamat tinggal......


Joget Kenangan Manis (Sudirman)


Sabtu, 24 Mac 2012

Olahraga MSSD 2012

Baru-baru ini telah berlansung Olahraga peringkat daerah MSSD bermula dari 20 hingga 22 mac 2012 di Padang MDCH.Atlit2 SK Menson telah mengutip 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa.






















Selasa, 13 Mac 2012

Majlis Perpisahan Cikgu Muhamad & Cikgu Wan Abdul Halim











Kita sering mendengar orang bernyanyi seperti ini
" sesuatu yang tak disangka
seringkali mendatangi kita
inikah suratan dalam kehidupan
atau sekadar satu kebetulan"

Secara kebetulan kita bertemu CIKGU!
atau pertemuan sesingkat ini
sudahpun tertulis di Loh Mahfuz..
"pertemuan kita di suatu hari
menitipkan ukhwah yang sejati
bersyukur ke hadrat Illahi
di atas jalinan yang suci"

Allahu Akbar
Allahu Akbar
maha suci Engkau Ya Allah
terlalu banyak kenangan antara kita
kenangan semasa dikau tinggal di dalam
memasak pelbagai asam garam perguruan
kenangan makan bekal di pondok jaga
terlalu banyak untuk ku ceritakan
namun pertemuan itu pasti
perpisahan juga pasti
itu lumrah alam
kita bertemu untuk berpisah
"Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan, sedih rasanya hati ini bila mengenangkan kau sahabat kami, teman sejati kami"

sesegar hijau dedaun 
begitulah kita ibaratkan
tiada siapa yang bisa memisahkan kita
antara kita semua

buat cikgu muhamad & cikgu wan halim

TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN