Ahad, 30 Ogos 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52




Tema Hari Kemerdekaan yang ke-52 ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan diadakan di Dataran Parlimen.



Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi sambutan hari kemerdekaan di :- http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php

Khamis, 13 Ogos 2009

PENILAINAN SEMULA ELAUN PEDALAMAN

Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Pahang telah membuat penilaian semula elaun pedalaman bagi sekolah-sekolah asli di daerah Cameron Highlands. Selama 2 hari Penyelia Rendah dari Unit Sekolah Rendah Tn. Hj. Mohamad bin Hj. Yusoff telah pergi ke sekolah yang terlibat iaitu SK Menson, SK Telanok dan SK Lemoi.





Jalan ke SK Menson (JHEOA), Cameron Highlands:




Jalan ke SK Telanok (JHEOA), Cameron Highlands:




Jalan ke SK Lemoi (JHEOA), Cameron Highlands:




Perjumpaan Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6

Pada 12 Ogos yang lalu telah diadakan perjumpaan bersama Ibu Bapa murid-murid Tahun 6. Pihak sekolah juga menjemput Tn. Hj. Mohamad bin Hj. Yusoff, Pegawai Unit Pengurusan Sekolah Rendah, JPN Pahang bersama perjumpaan ini.

Perjumpaan dimulakan dengan dacaan doa oleh Ust. Kamaruzaman dan kemudiannya ucapan aluan daripada Pengerusi PIBG sekolah,En. Zulkifli bin Bah Aim.


Ramai ibu bapa yang hadir memberi sokongan dan maklum balas pada perjumpaan ini demi anak-anak mereka.


Seterusnya ucapan dan taklimat daripada GPK1, En. Razman bin Omar

Ucapan daripada Guru Besar, En. Bahar bin Mohd Said dan ucapan daripada Penyelia Rendah dari JPN Pahang, Tn. Hj. Mohamad bin Hj. Yusoff.


Penyampai hadiah basikal kepada adik Shafina a/p Akau sebagai murid cemerlang Percubaan UPSR sesi 2009 oleh Tn. Hj. Mohamad. Seterusnya guru-guru Tahun 6 memberi taklimat tentang UPSR yang akan datang serta mengedarkan keputusan Percubaan UPSR murid Tahun 6 kepada ibu bapa murid dan sesi soal jawab diantara guru dan ibu bapa.